Waktu Solat

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday 7 June 2014

Panduan dan Syarat Solat Jama' dan Qosar

Syarat untuk men”qasar”kan solat menurut mazhab Syafie (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/359-365) :-
i. Hanya tertakluk kepada keadaan bermusafir dengan jarak melebihi 85 KM.
ii. Hanya boleh di qasar apabila telah melepasi sempadan kampung atau taman perumahannya.
iii. Mengetahui destinasinya dan ia tidak bertujuan maksiat. iv. Tidak berimamkan orang yang menunaikan solat penuh (4 rakaat).
v. Berniat qasar semasa takbiratul ihram solatnya.
vi. Mestilah solat qasar itu dilakukan dalam keadaan bermusafir dari awal hingga akhirnya.
vii. Jika ia berniat (semasa bertolak) untuk duduk di sesuatu destinasi lebih dari tiga hari (tidak termasuk hari sampai dan pulang), maka ia tidak berhak untuk melakukan qasar solat, sejurus sampainya ia ke destinasi itu. Jika ia tidak berniat lebih dari tiga hari atau langsung tidak punyai niat berapa hari, kiraan 3 hari adalah tidak termasuk hari sampai dan hari pulang. Dalam tempoh itu, ia boleh menqasarkannya jika tiada niat 3 hari.
Solat jama’ pula semua syaratnya sama dengan solat qasar.Berikut maklumat beberapa maklumat tentang jama’ solat :-
i. Jama’ tidak hanya tertakluk kepada keadaan musafir, terdapat keadaan sukar yang lain seperti hujan terlampau lebat, salji, keadaan merbahaya di luar, sakit (mazhab Syafie tidak membenarkan jamak kerana sakit tetapi harus menurut mazhab Maliki dan Hanbali, Rujuk Ikhtilaf Aimmah al-Ulama, Ibn Hubayrah, 1/150), semasa Haji, itulah beberapa contoh keadaan yang di benarkan untuk di jama’ kan solat. (Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/1375)
ii. Solat jama’ boleh dilakukan dalam dua bentuk :-

Pertama : Jamak Taqdim

Ertinya : Di gabungkan dua solat dalam waktu solat yang pertama seperti zohor dan asar di dalam waktu zohor, atau maghrib dan isyak di dalam waktu maghrib. Ia berdasarkan hadith  shohih dari Muadz Bin Jabal riwayat Ahmad, Tirmidzi Ibn Hibban dan lain-lain.
Syaratnya :
1)      Solat dilakukan menurut tertibnya atau yang awal terlebih dahulu (zohor dahulu dan asar di kemudiannya, maghrib dahulu dan isyak di kemudiankan), jika tidak maka batal solatnya menurut mazhab Syafie. (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/371 )
2) Berniat jamak ketika solat pertama dilakukan, dan harus juga berniat jamak walaupun solat telah bermula. Lafaz niatnya tidaklah perlu di baca dalam bahasa arab, dalam bahasa melayu juga di benarkan. Tetapi perlu ingat lafaz niat bukannya niat tetapi hanya sebagai pembantu agar niat boleh hadir dengan lebih mudah. Lazfa niat ini adalah saranan mazhab Syafie sahaja, manakala Rasulullah SAW sendiri tidak pernah melakukannya, justeru jika mampu menghadirkan niat di dalam hati tanpa berlafaz, itu yang terbaik.
3) Mestilah berturut-turut (Muwalat); Pastikan jangan terdapat pemisahan yang agak panjang atau urusan lain di tengah-tengah kedua-dua solat.

Kedua : Jamak Takhir

Ertinya : Menggabungkan dua solat dalam satu waktu, iaitu waktusolat yang terkemudian. (seperti zohor dan asar di tunaikan dalam waktu asar).
Ia dibenarkan syarak berdasarkan hadith yang shohih dari Anas dan Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim.(Rujuk Naylul Awtar, 3/212)
Syarat-syaratnya :
1) Niat Takhir sebelum habisnya waktu solat pertama(iaitu niat dilewatkan solat pertama untuk digabungkan dalam waktu asar atau isyak)
2) Berterusan dalam keadaan musafir sehingga tamat solat yang kedua.
Soalan saudari tentang tidak boleh jamak sekiranya destinasi perjalanan itu adalah kampung halaman sendiri adalah seperti berikut (Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/1362 cet 4, dar Al-Fikr):-
a- Seseorang yang kerja di KL, manakala kampung kelahirannya di Batu Pahat, Johor atau mana-mana jarak yang melebihi 85 KM. Apabila ia sampai ke kampong asalnya ( ibu bapanya juga di sana) ia tidak boleh lagi menqasarkan solat kerana ia tidak dikira bermusafir lagi apabila telah sampai ke kampung walaupun berniat duduk kurang dari 3 hari.
b- Seseorang yang kampung kelahirannya di Perak, dan ia kerja di KL dan kampung isterinya di Johor. Apabila ia balik ke kampung isterinyajuga tidak boleh qasar apabila telah sampai. Bagaimanapun terdapat pandangan mengatakan si suami berhak menjamak dan qasar kerana ia bukan tempat tinggalnya. Bagi saya, kelaur dari yang khilaf adalah lebih baik dalam hal ini.
c- Sekiranya ia dalam perjalanan balik dari kampung Johor atau Peraknya ke KL, ia juga tidak boleh meng”qasar”kan solat apabila telah sampai ke rumahnya di KL
Adapun kenyataan saudari “tidak berada lebih tiga hari di sesuatu tempat perhentian” adalah syarat untuk qasar sahaja. Adapunsolat jamak, maka ia masih di bolehkan jika terdapat sebab-sebab yang di sebutkan di atas.

Azan di Vatican City

  • Mahmoud dan Francis bertemu kali terakhir di Palestin pada minggu lalu.Mahmoud dan Francis bertemu kali terakhir di Palestin pada minggu lalu.
 1 / 1 
VATICAN CITY - Buat pertama kalinya dalam sejarah, solat dan bacaan Al-Quran akan diperdengarkan di Vatican City hari ini dalam usaha mengakhiri krisis antara Israel dan Palestin.

Times of Israel melaporkan, Pope Francis menjemput Presiden Israel; Shimon Peres dan Presiden Palestin; Mahmoud Abbas ke sini bagi kunjungan balas beliau yang melawat Palestin dan Israel minggu lalu.

“Pertemuan Mahmoud, Peres dan Francis akan disertai oleh  pemimpin agama Islam, Yahudi, Kristian dan Islam,” menurut laporan itu.

Pegawai Holy See memaklumkan, solat dan majlis makan malam akan berlangsung bagi melupakan persengketaan dalam politik di antara mereka.

“Pertemuan ini tidak mempunyai matlamat politik. Ia adalah untuk menyatakan hasrat semua pihak untuk melihat keamanan dicapai antara Israel dan Palestin,” katanya dipetik Al Arabiya.

Terkena SIHIR - Ustaz Azhar Idrus


Makan sisa dalam tong sampah

  • Lelaki ini mengaku berjalan kaki sejauh kira-kira 30 kilometer dari Port Dickson untuk mencari makanan dalam tong sampah di Seremban.Lelaki ini mengaku berjalan kaki sejauh kira-kira 30 kilometer dari Port Dickson untuk mencari makanan dalam tong sampah di Seremban.
 1 / 1 
SEREMBAN - “Saya berjalan kaki dari Port Dickson. Kalau di sini (Seremban) hasilnya lebih baik, saya akan tinggal lebih lama," kata seorang lelaki gelandangan ketika disoal anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini.

Lelaki berusia 43 tahun itu antara yang ditahan dalam operasi bersepadu menyelamat pengemis dan kutu rayau bermula kira-kira 6 petang dan berakhir 10 malam kelmarin di sekitar daerah ini, termasuk di Senawang dan Nilai.

Bagaimanapun, tidak diketahui sejak bila dia memulakan perjalanannya sejauh kira-kira 30 kilometer dari Port Dickson hanya untuk menyelongkar sisa makanan dalam tong sampah bagi mengisi perut.

"Biasanya saya akan tidur bawah jambatan sebab tiada tempat nak dituju. Saya tak takut kerana tiada orang yang mahu mengganggu saya," katanya.

Dia yang tidak pernah berkahwin berkata, bagi mengisi perut yang lapar, dia terpaksa menyelongkar sisa makanan dalam tong sampah.

Jika bernasib baik, dia akan dapat merasa makanan lebih baik hasil pemberian orang ramai yang bersimpati dengannya.

Ketika ditanya, lelaki berkenaan memberitahu, dia berasal dari Tanjung Karang, Selangor, namun, dia baru menjejak kaki ke negeri ini sejak seminggu lalu sebelum tinggal di beberapa tempat lain.

“Saya sudah tiga tahun tak balik kampung. Saya datang ke sini pun dengan menumpang kereta orang dan kemudian berjalan kaki," katanya.

Ketika operasi berkenaan, lelaki itu bagaimanapun secara sukarela mahu mengikut Pegawai JKM selepas ditawarkan tempat tinggal lebih selesa.

Sementara itu, dalam operasi sama, seorang lagi lelaki berusia 56 tahun ditemui sedang tidur beralaskan beg di atas kerusi di Taman Seremban.

Lelaki terbabit mengaku hidup gelandangan sejak 20 tahun lalu selepas kedua ibu bapanya meninggal dunia.

“Dulu saya tinggal dengan ibu bapa, tapi rumah itu adik perempuan saya yang tinggal sekarang. Hubungan saya dengan dia pula tidak berapa baik.

“Sejak itu saya akan tinggal di merata-rata tempat. Biasanya, saya akan bermalam di taman perumahan kerana kawasan ini selamat,” katanya.

Difahamkan, sebelum ini dia pernah ditahan dan ditempatkan di rumah kebajikan tetapi melarikan diri dengan alasan tidak selesa.

Dalam pada itu, Pengarah JKM negeri, Abdullah Hanapi berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat JKM untuk disoal siasat sebelum ditempatkan di rumah kebajikan buat sementara waktu di bawah Seksyen 3 (2) Akta Orang-Orang Papa 1977.

"Dalam tempoh lima jam, kita hanya temui dua gelandangan menunjukkan masalah itu tidak ketara di negeri ini.

"JKM sentiasa memantau aktiviti kumpulan gelandangan ini dari semasa ke semasa," katanya.

Operasi berkenaan melibatkan 22 kakitangan JKM dan turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dan polis.

‘Rakyat, pemerintah bersatu’

‘Rakyat, pemerintah bersatu’Seri Paduka berkenan memeriksa barisan kehormat sempena istiadat menghadap dan pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan sempena hari ulang tahun keputeraan baginda di Istana Negara, semalam. - Foto BERNAMA
Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah bertitah mahu semua rakyat berganding bahu dan bersatu tenaga dengan pihak pemerintah supaya segala yang dirancang dan dicita-citakan menjadi kenyataan.

Seri Paduka bertitah tidak ada mana-mana negara dalam dunia ini yang mampu mencapai kemajuan dan mencipta nama hanya dengan bergantung kepada inisiatif pemerintah dan pentadbir tanpa sokongan warganya. “Tanggungjawab mempertahan, membangun dan mendaulatkan negara yang bertuah ini terletak di bahu setiap warganya. 

Monday 2 June 2014

Dalam doa sebut Ibu bapa dulu atau Rasulullah dulu?

JAKIM sah dua coklat halal



JAKIM sah dua coklat   halal

Jamil Khir bersama Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha melihat keputusan yang dikeluarkan makmal Jabatan Kimia untuk dua produk coklat Cadbury pada sidang media di Bangi, semalam.
Bangi: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond halal untuk dimakan oleh umat Islam kerana tidak mengandungi DNA babi.

Ia berdasarkan ujian oleh Jabatan Kimia terhadap sampel produk sama yang diambil terus daripada kilang di Shah Alam pada 26 Mei lalu walaupun makmal Kementerian Kesihatan sebelum ini menemui DNA babi dalam produk berkenaan.